Kemas kini terakhir: 23 November 2026

Aipilot mengendalikan kedai dan laman web ini, termasuk semua maklumat, kandungan, ciri, alat, produk dan perkhidmatan yang berkaitan, untuk memberikan anda, iaitu pelanggan, pengalaman membeli-belah yang disusun rapi (iaitu "Perkhidmatan"). Aipilot dikuasakan oleh Shopify, yang membolehkan kami menyediakan Perkhidmatan kepada anda. Dasar Privasi ini menerangkan cara kami mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda apabila anda melawat, menggunakan atau membuat pembelian mahupun transaksi lain menggunakan Perkhidmatan atau sebaliknya berkomunikasi dengan kami. Jika terdapat percanggahan antara Terma Perkhidmatan kami dengan Dasar Privasi ini, Dasar Privasi ini akan diutamakan berkenaan dengan pengumpulan, pemprosesan dan pendedahan maklumat peribadi anda.

Sila baca Dasar Privasi ini dengan teliti. Dengan menggunakan dan mengakses mana-mana Perkhidmatan, anda mengakui bahawa anda telah membaca Dasar Privasi ini dan memahami pengumpulan, penggunaan serta pendedahan maklumat anda seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini.

Maklumat Peribadi yang Kami Kumpulkan atau Proses

Apabila kami menggunakan istilah "maklumat peribadi", kami merujuk kepada maklumat yang mengenal pasti atau boleh dipautkan secara munasabah dengan anda atau orang lain. Maklumat peribadi tidak termasuk maklumat yang dikumpulkan tanpa nama atau yang telah dikaburkan pengenalannya, supaya maklumat tersebut tidak dapat mengenal pasti atau dipautkan secara munasabah dengan anda. Kami mungkin mengumpulkan atau memproses kategori maklumat peribadi yang berikut, termasuk inferens yang diperoleh daripada maklumat peribadi ini, bergantung pada cara anda berinteraksi dengan Perkhidmatan, tempat tinggal anda dan sepertimana yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai:

  • Butiran perhubungan termasuk nama, alamat, alamat pengebilan, alamat pengiriman, nombor telefon dan alamat e-mel anda.
  • Maklumat kewangan termasuk kad kredit, kad debit dan nombor akaun kewangan, maklumat kad pembayaran, maklumat akaun kewangan, butiran transaksi, bentuk pembayaran, pengesahan pembayaran dan butiran pembayaran lain.
  • Maklumat akaun termasuk nama pengguna, kata laluan, soalan keselamatan, keutamaan dan tetapan anda.
  • Maklumat transaksi termasuk item yang anda lihat, letakkan di dalam troli anda, tambahkan pada senarai hajat anda, atau beli, pulangkan, tukar atau batalkan serta transaksi anda pada masa lalu.
  • Komunikasi dengan kami termasuk maklumat yang anda sertakan dalam komunikasi dengan kami, sebagai contoh, apabila menghantar pertanyaan sokongan pelanggan.
  • Maklumat peranti termasuk maklumat tentang peranti, pelayar atau sambungan rangkaian anda, alamat IP anda dan pengenal pasti unik yang lain.
  • Maklumat penggunaan termasuk maklumat berkenaan interaksi anda dengan Perkhidmatan, termasuk cara dan masa anda berinteraksi dengan atau menavigasi Perkhidmatan.

Sumber Maklumat Peribadi

Kami mungkin mengumpulkan maklumat peribadi daripada sumber yang berikut:

  • Secara langsung daripada anda termasuk apabila anda mencipta akaun, melawat atau menggunakan Perkhidmatan, berkomunikasi dengan kami, atau sebaliknya memberikan maklumat peribadi anda kepada kami;
  • Secara automatik melalui Perkhidmatan termasuk daripada peranti anda apabila anda menggunakan produk atau perkhidmatan kami atau melawat laman web kami, dan melalui penggunaan kuki serta teknologi yang serupa;
  • Daripada penyedia perkhidmatan kami termasuk apabila kami melantik mereka untuk mendayakan teknologi tertentu dan apabila mereka mengumpulkan atau memproses maklumat peribadi anda bagi pihak kami;
  • Daripada rakan kongsi kami atau pihak ketiga yang lain.

Cara Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda

Bergantung pada cara anda berinteraksi dengan kami atau Perkhidmatan yang anda gunakan, kami mungkin menggunakan maklumat peribadi untuk tujuan yang berikut:

  • Menyediakan, Menyesuaikan dan Menambah Baik Perkhidmatan. Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda, termasuk melaksanakan kontrak kami dengan anda, untuk memproses pembayaran anda, untuk memenuhi pesanan anda, untuk mengingati keutamaan dan item yang anda minati, untuk menghantar pemberitahuan yang berkaitan dengan akaun kepada anda, untuk memproses pembelian, pemulangan, pertukaran atau transaksi lain, untuk mencipta, mengekalkan dan sebaliknya menguruskan akaun anda, untuk menguruskan pengiriman, untuk memudahkan sebarang pemulangan dan pertukaran, untuk membolehkan anda menyiarkan ulasan, serta untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang tersuai untuk anda, seperti mengesyorkan produk yang berkaitan dengan pembelian anda. Hal ini mungkin termasuk menggunakan maklumat peribadi anda untuk menyesuaikan dengan lebih baik dan menambah baik Perkhidmatan.
  • Pemasaran dan Pengiklanan. Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran dan promosi, seperti untuk menghantar komunikasi pemasaran, pengiklanan dan promosi melalui e-mel, mesej teks atau mel pos, serta untuk menunjukkan iklan dalam talian produk atau perkhidmatan dalam Perkhidmatan atau laman web lain kepada anda, termasuk berdasarkan item yang telah anda beli atau tambahkan pada troli anda dan aktiviti lain dalam Perkhidmatan.
  • Keselamatan dan Pencegahan Penipuan. Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk mengesahkan akaun anda, untuk memberikan pengalaman pembayaran dan membeli-belah yang selamat, mengesan, menyiasat atau mengambil tindakan berkenaan kemungkinan aktiviti penipuan, menyalahi undang-undang, tidak selamat atau berniat jahat, melindungi keselamatan awam dan untuk menjamin keselamatan perkhidmatan kami. Jika anda memilih untuk menggunakan Perkhidmatan dan mendaftar akaun, anda bertanggungjawab untuk memastikan bukti kelayakan akaun anda selamat. Kami sangat mengesyorkan agar anda tidak berkongsi nama pengguna, kata laluan atau butiran akses lain anda dengan sesiapa pun.
  • Berkomunikasi dengan Anda. Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan sokongan pelanggan kepada anda, untuk bersikap responsif terhadap anda, untuk menyediakan perkhidmatan yang berkesan kepada anda dan untuk mengekalkan hubungan perniagaan kami dengan anda.
  • Atas Sebab Perundangan. Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk mematuhi undang-undang yang terpakai atau membalas proses undang-undang yang sah, termasuk permintaan daripada agensi penguatkuasaan undang-undang atau kerajaan, untuk menyiasat atau mengambil bahagian dalam penemuan sivil, litigasi berpotensi atau sebenar, atau prosiding undang-undang pertikaian yang lain, serta untuk menguatkuasakan atau menyiasat kemungkinan pelanggaran terma atau dasar kami.

Cara Kami Mendedahkan Maklumat Peribadi

Dalam keadaan tertentu, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk tujuan yang sah tertakluk pada Dasar Privasi ini. Keadaan tersebut mungkin termasuk:

  • Dengan Shopify, vendor dan pihak ketiga lain yang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami (cth. pengurusan IT, pemprosesan pembayaran, analisis data, sokongan pelanggan, storan awan, pemenuhan dan pengiriman).
  • Dengan rakan kongsi perniagaan dan pemasaran untuk menyediakan perkhidmatan pemasaran dan mengiklankan kepada anda. Sebagai contoh, kami menggunakan Shopify untuk menyokong pengiklanan diperibadikan dengan perkhidmatan pihak ketiga berdasarkan aktiviti dalam talian anda dengan pedagang dan laman web yang berbeza. Rakan kongsi perniagaan dan pemasaran kami akan menggunakan maklumat anda mengikut notis privasi mereka sendiri. Bergantung pada tempat tinggal anda, anda mungkin mempunyai hak untuk mengarahkan kami supaya tidak berkongsi maklumat tentang anda untuk menunjukkan iklan bersasar dan pemasaran kepada anda berdasarkan aktiviti dalam talian anda dengan pedagang dan laman web yang berbeza. Anda boleh melaksanakan hak anda untuk memilih keluar daripada penggunaan tersebut di sini .
  • Apabila anda mengarahkan, meminta atau sebaliknya membenarkan pendedahan kami tentang maklumat tertentu kepada pihak ketiga, seperti mengirimkan produk kepada anda atau melalui penggunaan widget media sosial atau penyepaduan log masuk anda.
  • Dengan ahli afiliasi kami atau sebaliknya dalam kumpulan korporat kami.
  • Berhubung dengan transaksi perniagaan seperti penggabungan atau kebankrapan, untuk mematuhi sebarang kewajipan perundangan yang terpakai (termasuk untuk membalas sapina, waran geledah dan permintaan yang serupa), untuk menguatkuasakan sebarang terma perkhidmatan atau dasar yang terpakai, dan untuk melindungi atau mempertahankan Perkhidmatan, hak kami, dan hak pengguna kami atau pihak lain.

Hubungan dengan Shopify

Perkhidmatan dihoskan oleh Shopify, yang mengumpulkan dan memproses maklumat peribadi tentang akses serta penggunaan anda ke atas Perkhidmatan bagi menyediakan dan menambah baik Perkhidmatan untuk anda. Maklumat yang anda serahkan kepada Perkhidmatan akan dihantar dan dikongsi dengan Shopify serta pihak ketiga yang mungkin berada di negara selain daripada tempat tinggal anda, untuk menyediakan dan menambah baik Perkhidmatan untuk anda. Selain itu, untuk membantu melindungi, mengembangkan dan menambah baik perniagaan kami, kami menggunakan ciri Shopify yang dipertingkatkan tertentu yang menggabungkan data dan maklumat yang diperoleh daripada interaksi anda dengan Kedai kami, berserta pedagang lain dan dengan Shopify. Untuk menyediakan ciri yang dipertingkatkan ini, Shopify mungkin menggunakan maklumat peribadi yang dikumpulkan tentang interaksi anda dengan kedai kami, berserta pedagang lain dan dengan Shopify. Dalam keadaan ini, Shopify bertanggungjawab terhadap pemprosesan maklumat peribadi anda, termasuk membalas permintaan anda untuk menggunakan hak anda atas penggunaan maklumat peribadi anda bagi tujuan ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Shopify menggunakan maklumat peribadi anda dan sebarang hak yang mungkin anda miliki, anda boleh melawat Dasar Privasi Pengguna Shopify. Bergantung pada tempat tinggal anda, anda boleh menggunakan hak tertentu berkenaan maklumat peribadi anda di sini Pautan Portal Privasi Shopify.

Laman Web dan Pautan Pihak Ketiga

Perkhidmatan ini mungkin menyediakan pautan ke laman web atau platform dalam talian lain yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Jika anda mengikuti pautan ke tapak yang tidak mempunyai kaitan atau tidak dikawal oleh kami, anda harus menyemak dasar privasi dan keselamatannya serta terma dan syarat lain. Kami tidak menjamin dan tidak bertanggungjawab ke atas privasi atau keselamatan tapak tersebut, termasuk ketepatan, kesempurnaan atau kebolehpercayaan maklumat yang ditemukan pada tapak ini. Maklumat yang anda berikan di tempat awam atau separa awam, termasuk maklumat yang anda kongsi pada platform rangkaian sosial pihak ketiga mungkin juga boleh dilihat oleh pengguna Perkhidmatan yang lain dan/atau pengguna platform pihak ketiga tersebut tanpa had atas penggunaannya oleh kami atau oleh pihak ketiga. Penyertaan kami bagi pautan sedemikian dengan sendirinya tidak membawa maksud menyokong sebarang kandungan pada platform sedemikian atau menyokong pemilik mahupun pengendalinya, kecuali seperti yang didedahkan pada Perkhidmatan.

Data Kanak-kanak

Perkhidmatan tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh kanak-kanak dan kami tidak mengumpulkan apa-apa maklumat peribadi tentang kanak-kanak di bawah umur dewasa dalam bidang kuasa anda dengan sengaja. Jika anda ialah ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang telah memberikan maklumat peribadinya kepada kami, anda boleh menghubungi kami dengan menggunakan butiran perhubungan yang dinyatakan di bawah untuk meminta data tersebut dipadamkan. Setakat Tarikh Kuat Kuasa Dasar Privasi ini, kami tidak mempunyai pengetahuan sebenar bahawa kami "berkongsi" atau "menjual" (seperti istilah yang ditakrifkan dalam undang-undang yang terpakai) maklumat peribadi individu di bawah umur 16 tahun.

Keselamatan dan Pengekalan Maklumat Anda

Sila ambil perhatian bahawa tiada langkah keselamatan yang sempurna atau tidak boleh ditembusi, dan kami tidak dapat menjamin "keselamatan yang sempurna." Selain itu, sebarang maklumat yang anda hantar kepada kami mungkin tidak terjamin keselamatannya semasa dalam transit. Kami mengesyorkan agar anda tidak menggunakan saluran tidak selamat untuk menyampaikan maklumat sensitif atau maklumat sulit kepada kami.

Berapa lama kami mengekalkan maklumat peribadi anda bergantung pada faktor yang berbeza, contohnya sama ada kami memerlukan maklumat tersebut untuk mengekalkan akaun anda, untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda, mematuhi obligasi perundangan, menyelesaikan pertikaian atau menguatkuasakan kontrak dan dasar lain yang berkenaan.

Hak dan Pilihan Anda

Bergantung pada tempat tinggal anda, anda mungkin mempunyai sebahagian atau semua hak yang disenaraikan di bawah berhubung dengan maklumat peribadi anda. Walau bagaimanapun, hak ini bukan mutlak, mungkin terpakai dalam keadaan tertentu sahaja dan, dalam kes tertentu, kami boleh menolak permintaan anda seperti yang dibenarkan oleh undang-undang.

  • Hak untuk Mengakses / Mengetahui. Anda mungkin mempunyai hak untuk meminta akses kepada maklumat peribadi anda yang kami simpan.
  • Hak untuk Memadam. Anda mungkin mempunyai hak untuk meminta supaya kami memadamkan maklumat peribadi anda yang kami kekalkan.
  • Hak untuk Membetulkan. Anda mungkin mempunyai hak untuk meminta supaya kami membetulkan maklumat peribadi tidak tepat anda yang kami kekalkan.
  • Hak Mudah Alih. Anda mungkin mempunyai hak untuk menerima salinan maklumat peribadi anda yang kami simpan dan meminta supaya kami memindahkannya kepada pihak ketiga, dalam keadaan tertentu dan dengan pengecualian tertentu.
  • Hak untuk Memilih Keluar daripada Penjualan atau Perkongsian untuk Pengiklanan Bersasar. Bergantung pada tempat tinggal anda, anda mungkin mempunyai hak untuk memilih keluar daripada "penjualan" atau "perkongsian" maklumat peribadi anda atau untuk memilih keluar daripada pemprosesan maklumat peribadi anda bagi tujuan yang dianggap sebagai "pengiklanan bersasar", seperti yang ditakrifkan dalam undang-undang privasi yang terpakai. Anda boleh melaksanakan hak anda untuk memilih keluar daripada penggunaan tersebut di sini. Sila ambil perhatian bahawa jika anda melawat laman web kami dengan mendayakan isyarat keutamaan pilih keluar Kawalan Privasi Global, bergantung pada lokasi anda berada, kami akan menganggap hal ini secara automatik sebagai permintaan untuk memilih keluar bagi peranti dan pelayar yang anda gunakan untuk melawat laman web tersebut. Jika kami dapat mengaitkan peranti yang menghantar isyarat itu dengan akaun Shopify, kami akan menggunakan permintaan pilih keluar itu kepada akaun tersebut juga. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kawalan Privasi Global, anda boleh melawat https://globalprivacycontrol.org/. Selain daripada Kawalan Privasi Global, kami tidak mengecam isyarat "Jangan Jejak" yang mungkin dihantar daripada pelayar web atau peranti anda.
  • Menguruskan Keutamaan Komunikasi. Kami mungkin menghantar e-mel promosi kepada anda dan anda boleh memilih keluar daripada menerima e-mel promosi ini pada bila-bila masa dengan menggunakan pilihan nyahlanggan yang dipaparkan dalam e-mel kami kepada anda. Jika anda memilih keluar, kami masih boleh menghantar e-mel bukan promosi kepada anda, seperti e-mel tentang akaun atau pesanan yang telah anda buat.

Jika anda menetap di UK atau Kawasan Ekonomi Eropah, dan tertakluk pada pengecualian serta pengehadan yang diperuntukkan oleh undang-undang tempatan, anda boleh menggunakan hak yang berikut sebagai tambahan kepada hak yang digariskan di atas:

  • Bantahan Terhadap Pemprosesan dan Penyekatan Pemprosesan: Anda mungkin mempunyai hak untuk meminta kami berhenti atau menyekat pemprosesan kami terhadap maklumat peribadi untuk tujuan tertentu.
  • Penarikan Balik Persetujuan: Apabila kami bergantung pada persetujuan untuk memproses maklumat peribadi anda, anda berhak untuk menarik balik persetujuan ini. Jika anda menarik balik persetujuan anda, tindakan ini tidak akan menjejaskan keabsahan mana-mana pemprosesan yang berdasarkan persetujuan anda sebelum persetujuan ini ditarik balik.

Anda boleh menggunakan mana-mana hak ini sekiranya ditunjukkan pada Perkhidmatan atau dengan menghubungi kami menggunakan butiran perhubungan yang diberikan di bawah. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Shopify menggunakan maklumat peribadi anda dan sebarang hak yang mungkin anda miliki, termasuk hak yang berkaitan dengan data yang diproses oleh Shopify, anda boleh melawat https://privacy.shopify.com/en.

Kami tidak akan mendiskriminasi anda kerana menggunakan mana-mana hak ini. Kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum kami boleh memproses permintaan anda, seperti yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai. Menurut undang-undang yang terpakai, anda boleh melantik ejen yang dibenarkan untuk membuat permintaan bagi pihak anda untuk menggunakan hak anda. Sebelum menerima permintaan sedemikian daripada ejen, kami akan menghendaki ejen tersebut memberikan bukti yang anda membenarkan mereka untuk bertindak bagi pihak anda dan kami mungkin memerlukan anda mengesahkan identiti anda secara terus dengan kami. Kami akan membalas permintaan anda tepat pada masanya seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai.

Aduan

Jika anda mempunyai aduan tentang cara kami memproses maklumat peribadi anda, sila hubungi kami menggunakan butiran perhubungan yang diberikan di bawah. Bergantung pada tempat tinggal anda, anda mungkin mempunyai hak untuk merayu keputusan kami dengan menghubungi kami menggunakan butiran perhubungan yang dinyatakan di bawah, atau membuat aduan anda dengan pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda. Bagi Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), anda boleh menemukan senarai pihak berkuasa penyeliaan perlindungan data yang bertanggungjawab di sini.

Pemindahan Antarabangsa

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin memindahkan, menyimpan dan memproses maklumat peribadi anda di luar negara tempat anda menetap.

Jika kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar dari Kawasan Ekonomi Eropah atau United Kingdom, kami akan bergantung pada mekanisme pemindahan yang diiktiraf seperti Klausa Kontrak Standard Suruhanjaya Eropah, atau mana-mana kontrak setara yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berwibawa UK yang berkaitan, sepertimana yang berkenaan, melainkan pemindahan data tersebut dihantar ke negara yang telah ditentukan boleh memberikan tahap perlindungan yang mencukupi.

Perubahan pada Dasar Privasi Ini

Kami mungkin mengemaskinikan Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa, termasuk untuk mencerminkan perubahan pada amalan kami atau atas sebab operasi, perundangan atau kawal selia yang lain. Kami akan menyiarkan Dasar Privasi yang disemak semula ini dalam laman web ini, mengemaskinikan tarikh "Kemas kini terakhir" dan memberikan notis seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai.

Hubungi

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang amalan privasi kami atau Dasar Privasi ini, atau jika anda ingin menggunakan sebarang hak yang tersedia untuk anda, sila e-mel kepada kami di office@aipilot.sg. Anda boleh menemukan butiran perhubungan kami yang lain pada dasar maklumat hubungan kami. Untuk tujuan undang-undang perlindungan data yang terpakai, kami ialah pengawal data bagi maklumat peribadi anda.